Selasa, 23 November 2010

Sejarah Pusat Sumber

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan bermula dengan sebuah dewan yang dibina khas. Asalnya dewan itu akan digunakan untuk kegunaan sekolah kelompok. Dewan tersebut berkeluasan 3 buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik Tayang pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar.

Bermula pada tahun 1995, Pusat Sumber Sekolah beroperasi di bangunan baru iaitu bilik khas. Bilik khas iini terdiri perpustakaan, bilik kerja dan Bilik Tayang. Dalam satu masa dapat menampung seramai 40 orang murid.

Bermula Januari 2009 PSS sekolah ini telah bermula dengan system pengautomasiannya iaitu S-Lip. Dengan adanya system ini dapat membantu pengurusan PSS dengan lebih mudah. Berbagai kemudahan disediakan di sini. Selain dari ruang bacaan yang selesa, kami juga menyediakan Sudut Akses. Dimana murid-murid boleh menggunakan computer untuk akses maklumat dan menggunakan CD pembelajaran. Untuk mengaktifkan penggunaan PSS, kami telah merancang berbagai aktiviti yang melibatkan semua murid SK Pauh Sembilan.

Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan sebuah PSS yang cemerlang dan seterusnya menjadi “ bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya.

Kecemerlangan PSS SK Pauh Sembilan bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG, bekas-bekas pelajar yang Berjaya, syarikat-syarikat perniagaan dan pihak NGO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan